K.A.M.I | OTTF





We are one ! Yes we are ^^
This blog contain of many recipe !
Do support us ? 10q







© Skin by Atiqah inspired by OTTF. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
LALA MASAK SOS TOMATO
Monday 19 August 2013 | 0 peterpan(s)


P3150057

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 2 kilo lala
  • 3 biji tomato (diblender hancur)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Bahan untuk tumis
  • 6 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 10 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan (boleh dikurangkan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Bersihkan lala. Berhati-hati semasa bersihkan lala kerana ada lala yang tiada isi dan dipenuhi lumpur. Lumpur merosakkan rasa lala yang enak.
  2. Blender bahan-bahan untuk tumisan.
  3. Panaskan minyak. Masukkan bahan2 tumisan, kacau hingga naik bau. Masukkan serai, tomato yang telah diblender hancur dan tumis hingga berbau enak.
  4. Tambahkan garam kemudian masukkan lala. Tutup kuali supaya lala masak sekata.
  5. Hidangan siap. Bolehlah dinikmati dengan keluarga.