We are one ! Yes we are ^^ This blog contain of many recipe ! Do support us ? 10q
© Skin by Atiqah inspired by OTTF. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
LAKSAM KELANTAN
*Selain ikan sardin segar, boleh juga menggunakan ikan mackerel*
BAHAN-BAHAN:
- 360gm tepung beras
- 6 sudu makan tepung jagung
- 1500ml air
- ½ sudu teh garam
BAHAN LAIN:
- 3 biji telur rebus - dihiris
- Daun salad secukupnya - dihiris
- ½ batang timun | dihiris
- 4 tangkai kacang panjang | dihiris
- Sambal belacan secukupnya
BAHAN KUAH:
- 3 ekor ikan sardin
- 250ml santan
- 1/2 biji bawang besar | dikisar
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 2.5cm halia | dikisar
- 1 batang serai | dikisar
- 2 kiub pati ayam
- 2 sudu makan kerisik
- Lada sulah secukupnya
- Asam keping secukupnya
- 2.5cm lengkuas
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam ke dalam bekas adunan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sehingga menjadi sebati. Biarkan selama setengah jam.
3. Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan di dalam pengukus. Tuang dua senduk adunan. Kukus sampai agak keras dan tidak berair.
4. Keluarkan dan terus gulung bila sudah suam. Lakukan sehingga adunan habis.
5. Untuk kuahnya, rebus ikan sampai masak. Buang tulang dan ketepikan.
6. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
7. Selepas itu masukkan lada sulah, asam keping, kerisik dan lengkuas. Kacau lagi.
8. Selepas itu masukkan air rebusan ikan tadi yang telah ditapis ke dalam periuk.
9. Isi ikan dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tadi. Kacau sebati.
10. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan kiub. Kacau lagi hingga mendidih.
11. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
12. Ketika menghidang, potongpotongkan laksam dan masukkan ke dalam pinggan bersama bahan-bahan lain.
13. Tuangkan kuah dan bolehlah dinikmati.

Tentang K.A.M.I :)
NUR ARINA AZMAN
- Seorang yang suka buat aksi pelik. Cita-cita ingin menjadi penulis buku walaupun PBS Bahasa Melayu selalu tak lepas. Umur 14tahun dan tinggal di dalam pondok ayam . Warna kegemaran pula ialah warna merah. Makanan kegemaran ialah Nasi Paprik dan yang paling penting mesti ada sotong, ayam x ada pun tak apa.
NUR HUDA HUSNA AZNAN
- Seorang yang suka buat lawak dan suka cakap merapu seperti di atas. Cita-cita ingin menjadi juru gambar profesional. Umur 14tahun sama seperti di atas dan tinggal di rak kasut. Warna kegemaran pula ialah warna hitam putih. Makanan kegemarannya ialah semua jenis masakan ibu.
AAINAA SHAHIRAH ZULKARNAIN
- Seorang yang suka bercakap lantang dan power dalam bahasa Inggeris. Cita-cita ingin menjadi doktor. Umur 14tahun juga dan tinggal di dalam kotak. Warna kegemaran tidak diketahui. Makanan kegemarannya ialah donut makcik kantin, kalau tak ada donut pun nasi lemak pun jadi.
SITI FATIMAH ROSLAN
- Seorang yang suka bercakap laju-laju dan aksi nya sukar dikenalpasti. Cita-citanya menjadi akauntan kerana pandai di dalam matapelajaran Matematik. Umur juga sama 14tahun dan tinggal di bawah pokok pelam. Warna kegemarannya ialah warna kuning dan hijau. Makanan kegemarannya pula ialah kuih-muih makcik kantin.
|
Menu Makanan :)
Rendang kerang
lala masak sos tomato
ikan masin cili padi
sup makaroni
ketupat sotong
ayam penyet sambal
laksam kelantan
Akan datang
|
Nyum, nyum :)
kek lapis coklat
Marble cheese cake
chiller cheese cake
brownie
Macaron
Cahrlotte Royalle
Kek lapis Winter Sonata
CINNAMON layer cake
kek ais-krim
kek batik coklat
akan datang
akan datang
|
Erkkkk :)
AIS KRIM GORENG
BANANA EGG ROLL
CHOCO DA' MILKSHAKE
SHORTCAKE WITH TIRAMISU
CUSTARD CARAMEL
JELLY KELAPA
KOKTEL BUAH
PAI EPAL
NORMANDY BAKE
AKAN DATANG
|
Woahh :)
Menu Makanan
Menu Makanan
Menu Makanan
Menu Makanan
Menu Makanan
Menu Makanan
Menu Makanan
Menu Makanan
Menu Makanan
Menu Makanan
Menu Makanan
Menu Makanan
|