K.A.M.I | OTTF





We are one ! Yes we are ^^
This blog contain of many recipe !
Do support us ? 10q







© Skin by Atiqah inspired by OTTF. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
KETUPAT SOTONG
Monday 19 August 2013 | 0 peterpan(s)



Ketupat_sotong



Bahan-bahan ( 2-3 orang mkn (keluarga kecik) )

  • 5-6 ekor sotong sederhana besar (kecik sangat or besar sangat tak sedap pulak)..terpulang pada kita sebenarnye, nak mkn banyak buat banyak heheheh
  • secawan beras pulut
  • secawan setengah santan
  • 2 ulas bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • seinci halia (dimayang)
  • sesudu kecik halba
  • garam dan gula secukup rasa
  • lidi/penyungkil gigi

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong dulu, saya tak buang kulit merah pasal kalau ikut bonda saya, kulit merah tu yang akan menyedapkan lagi ketupat sotong nanti, buang kulit luar yg nipis tu aje !
  2. Beras pulut dibasuh dan rendam ngan sedikit santan dalam sejam dua (lagi lama lagi sedap dan mudah masak nanti).
  3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, jangan penuh sangat, setengah je, pas tu tutupkan ngan kepala sotong dan kemaskan ngan lidi atau penyungkil gigi. buatlah macamana pun asal beras pulut tu tak terkeluar semasa proses memasak.
  4. Dalam periuk, masukkan semua bahan (santan,bawang merah dan putih,halba,halia, garam dan gula)dan masakkan atas api. Kalau sotong dah kembung, dah masak lah tu...boleh angkat dan mkn...