K.A.M.I | OTTF





We are one ! Yes we are ^^
This blog contain of many recipe !
Do support us ? 10q







© Skin by Atiqah inspired by OTTF. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
CINNAMON LAYER CAKE
Monday 19 August 2013 | 0 peterpan(s)



BAHAN - BAHAN

Sediakan acuan 10X10". Alaskan dasarnya dgn mentega rata2 dan alas kertas gris. Lumurlagi mentega rata-rata seluruh bhgn dalam acuan.

Bahan A :
500 gm mentega (2 ketul)
4 sd besar susu pekat manis penuh krim
3 sd besar sirap perang
2 ½ sd teh serbuk kulit kayu manis
1 sd teh vanila

Pukul mentega hingga putih dan masukkan bahan2 lain. Pukul hingga kembang. Ketepikan.


CARA - CARA

Sementara bahan A & B bergaul sebati, panaskan oven suhu 150 deg C (api atas bawah) selama 20 minit. Gunakan senduk besar. Masukkan 1 1/2 senduk adunan dalam tin tersedia. Bakar api atas dan bawah selama 10 minit pada suhu 140 deg C. Keluarkan dari oven dan tukar ke gril (api atas). Sendukkan 1 senduk adunan diatas lapis pertama tadi dan gril 10 minit lagi. Jika menggelembung apabila keluar dari oven, tekan sedikit dgn spatula atau sudip (jgn tekan terlalu kuat). Sapu perlahan-lahan dgn mentega lembik tadi (gunakan belakang sudu atau pastry brush yang besar). 

Ulangi melapis dan menggril dan pada setiap lapisan KEDUA sapu mentega lembik. Buatlah sehingga habis. Elakkan lapisan kek yang masak dari terkoyak semasa menyapu mentega. Pastikan 1/2 ketul mentega mencukupi. Jika sukar untuk mengagak kegunaannya, cairkan mentega lembik atas api kecil dan apabila mula cair, angkat. 

Untuk lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah suhu 150 deg C. 

Keluarkan dari oven dan tutup acuan segera menggunakan 11 X 11" kertas foil dengan cermat. Biarkan semalaman baru dikeluarkan dari acuan dan dipotong untuk mengekalkan keharuman, kelembapan dan mensebatikan rasanya. 
Bahan B :
8 biji kuning telur
10 biji telur
350 gm gula caster
50 gm gula icing - diayak
2 sd besar membumbung ovalette/Quick 75
1 sd teh serbuk penaik

Pukul kedua2 telur dan serbuk penaik hingga berbuih dan kemudian masukkan bahan2 lain. Pukul pada kelajuan tinggi hingga putih. Kemudian masukkan

400 gm tepung halus - diayak 4 kali

dan pukul hingga kembang dan putih. Gunakan kelajuan tinggi. Perlahankan pemukul dan masukkan sedikit2 bahan A sambil dipukul hingga habis. Gaul dengan kelajuan sederhana 10 minit dan gunakan kelajuan tinggi dan pukul lagi 15 minit.

Bahan lain :

½ ketul mentega dibiarkan lembik

(Adunan yang telah siap hendaklah selalu dikacau supaya sebati)